Friday 31 May 2024

SOALAN-SOALAN LAZIM (Q & A)

1. BAGAIMANA CARA UNTUK MENUBUHKAN PERTUBUHAN YANG MENJALANKAN PROGRAM PDK?

i. Pertubuhan PDK boleh ditubuhkan atas keperluan dan daripada mana-mana komuniti setempat dengan mendapat sokongan dan kelulusan daripada JKM.

ii. Pewujudan PDK hendaklah mengambil kira perkara berikut:-

a. Bilangan OKU
Mempunyai sekurang-kurangnya 10 OKU yang memerlukan pemulihan di sesuatu komuniti. 

b. Lokasi PDK
Lokasi PDK mestilah di dalam kawasan komuniti yang strategik serta mudah diakses oleh OKU dan keluarga.

c. Pemilihan Premis
Hendaklah mesra OKU dan sesuai dengan program dan aktiviti yang hendak dijalankan seperti mempunyai kemudahan, bebas halangan serta patuh Akta/Peraturan Pusat Jagaan. Pengendali perlu mendapat kelulusan 3 agensi teknikal: Pihak berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan. Kadar sewa pula hendaklah mendapat syor daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. 

d. Komuniti Penggerak / Jawatankuasa Penaja
Individu atau kumpulan dalam komuniti yang mempunyai minat dan komitmen serta boleh menyumbang kepada pelaksanaan PDK.

e. Nasihat oleh PKMD/PKMN
Mendapatkan pandangan dan nasihat daripada PKMD mengenai pewujudan dan pelaksanaan PDK.

f. Berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)
Memilih nama Pertubuhan yang sesuai seterusnya Jawatankuasa membuat pendaftaran di RoS.

g. Membuka akaun bank Pertubuhan
Jawatankuasa perlu membuka akaun bank untuk memohon Bantuan Kewangan Kerajaan bagi melaksanakan program PDK.

_________________________________________________


2. ADAKAH PELATIH OKU MENDAPAT CUTI SEMESTER DI PUSAT PDK?

PPDK sebagai majikan berhak menentukan hari cuti bagi penyelia/petugas/pelatih mereka berpandukan AKTA KERJA 1955 (PINDAAN) 2022 . Jabatan Kebajikan Masyarakat tiada halangan berhubung penutupan Pusat PDK bersempena cuti semester yang termasuk dalam hari-hari kelepasan yang diperuntukkan oleh pihak PPDK. Bagaimanapun, pihak PPDK dimohon untuk memastikan kehadiran pelatih-pelatih OKU memenuhi syarat-syarat bayaran Elaun Khas Pelatih OKU iaitu kehadiran pelatih OKU di pusat PDK sekurang-kurang lapan (8) hari dalam sebulan manakala petugas perlu membuat lawatan ke rumah sekurang-kurangnya empat (4) kali dalam sebulan bagi pelatih OKU di rumah. Kegagalan mematuhi syarat-syarat tersebut boleh mengakibatkan penamatan perjanjian yang sedang berkuat kuasa dan menjejaskan penyaluran Bantuan Kewangan Kerajaan pada masa hadapan.

Monday 27 May 2024

KEPUTUSAN PERTANDINGAN PERTANDINGAN KEBUN DAPUR PERINGKAT PPDK NEGERI PERLIS TAHUN 2024


Pertandingan Kebun Dapur Peringkat PPDK Negeri Perlis Tahun 2024 diadakan oleh Unit Pembangunan OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis sebagai inisiatif untuk mengerakkan program pemulihan kepada pelatih OKU untuk melibatkan diri dalam aktiviti asas tani di pusat PDK. Kegiatan ini sekaligus akan meningkatkan keceriaan lanskap dan meningkatkan pergerakan motor kasar dan motor halus disamping menjadi aktiviti kecergasan serta rekreasi.



Pertandingan ini tidak memerlukan peruntukan yang besar, kawasan yang luas, terhad pada tanaman yang boleh digunakan untuk kegunaan dapur dan pemerkasaan ekonomi, mudah diuruskan dan dapat menceriakan kawasan sekitar.

Pemenang Pertandingan Kebun Dapur Peringkat PPDK Negeri Perlis Tahun 2024:

JOHAN
Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Felda Chuping

NAIB JOHAN
Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Anak Istimewa Perlis

TEMPAT KETIGA
Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Beseri Perlis

Tahniah!



Thursday 23 May 2024

PROGRAM TEAM BUILDING "TOGETHER, COOPERATE & SUCCEED" TAHUN 2024
















* Program Team Building PPDK Negeri Perlis Tahun 2024

Tarikh: 23-24 Mei 2024 (Khamis-Jumaat)
Tempat Program: Keda Resort, Bendang Man, Sik
Tempoh: 2 hari 1 malam
Peserta: 69 orang (penyelia & petugas)
Aktiviti: LDK; berkayak, flying fox, hiking, dan Sesi Libat Urus Bersama Bahagian Pembangunan OKU JKMNPs.

Objektif Program 
- Mengeratkan hubungan dan kerjasama antara penyelia/petugas bagi 10 Pusat PDK di Negeri Perlis melalui aktiviti gabungan.
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ikhtiar hidup dan ketahanan jasmani.
- Meningkatkan kemahiran interaksi dan komunikasi.
- Terapi stress dan rekreasi melalui latihan dalam kumpulan (LDK) bercorak sukan sukan outdoor.
- Menambah pengetahuan tentang program yang dijalankan melalui perkongsian maklumat dan pengalaman bersama jabatan.


Monday 13 May 2024

TAKLIMAT INSPEKTORAT BERKALA PPDK NEGERI PERLIS

 



14/5/2024 - Taklimat pelaksanaan Inspektorat Berkala kepada 20 orang pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Kanak-Kanak, Warga Emas, Kebajikan Produktif, Kaunseling dan Psikologi, Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis telah berlangsung di Subway, Kangar Jaya. 

Sunday 5 May 2024

TAKLIMAT INSPEKTORAT KENDIRI PPDK NEGERI PERLIS


 




6/5/2024 - Taklimat pelaksanaan Inspektorat Kendiri kepada 20 orang wakil dari 10 Pertubuhan PDK Negeri Perlis telah berlangsung di Dewan JKKR Felda Chuping. 
Seterusnya peserta berkunjung ke PPDK ANIPs untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Jamuan Aidilfitri.

Tuesday 2 April 2024

MAJLIS SANTUNI RAMADAN PPDK JAUHAR JANNAH









3/4/2024 - Majlis Santuni Ramadan PPDK Jauhar Jannah telah berlangsung di Restoran Abang Janggut Kuala Perlis. Majlis iftar yang melibatkan jawatankuasa, pelatih OKU dan ibu bapa mereka ini dijayakan dengan sumbangan keluarga pelatih dan komuniti setempat. Pengerusi En. Khir Suhaimi turut membuat penyerah duit raya dan biskut raya kepada para pelatih.

 

Sunday 31 March 2024

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PERDANA MENTERI




1/ 4/2024 - PPDK Jauhar Jannah bersama-sama Jawatankuasa PPDK, ibu bapa dan pelatih OKU telah bergabung dengan komuniti Felda Chuping menyediakan bubur lambuk dan menjadi menyambut tetamu VVIP dalam Majlis Berbuka Puasa Madani bersama PMX. Seramai 2,000 orang telah memeriahkan majlis tersebut.



SOALAN-SOALAN LAZIM (Q & A)