Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh komuniti tempatan (terdiri daripada ibubapa / keluarga OKU sendiri, pegawai kerajaan yang ada hubungkaitnya dengan OKU, pegawai/kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat, pegawai perubatan/jururawat/jurupulih anggota dan sebagainya, pegawai/kakitangan Jabatan Pelajaran, NGO dan lain-lain) ditubuhkan sebagai alternatif kepada institusi kebajikan dibawah kendalian kerajaan, bertujuan untuk mengeksplotasi sumber-sumber tempatan sebagai usaha memperkasakan golongan orang kurang upaya.
OBJEKTIF
* Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU).
* Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU.
* Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keaadaan setempat.
* Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.
* Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.
AKTIVITI
* Aktiviti harian (ADL) seperti mengemas diri, menyikat rambut, ke tandas dan sebagainya
* Kemahiran motor halus : melibatkan pemikiran, penglihatan serta pengerakan jari seperti membuat bentuk kuih dari tanah liat, mengunting kertas, melekat gambar, menyusun lego dan mewarna gambar.
* Kemahiran motor kasar : melibatkan pergerakan otot iaitu bahagian tubuh badan seperti berjalan, berlari, merangkak dan sebagainya.
* Aktiviti Pra-Sekolah : kemahiran mengira, membaca perkataan yang mudah, menulis huruf abjab dan nombor.
* Perkembangan sosial : belajar berinteraksi dengan orang lain seperti memberitahu nama, umur, tempat tinggal dan sebagainya
FAEDAH YANG DIPEROLEHI OLEH OKU
* Meningkatkan kefungsian anggota badan.
* Dapat berinteraksi dan mewujudkan perubahan pergaulan yang positif.
* Memupuk sikap berdikari.
* Dapat belajar mengenal huruf, angka, membaca, menulis dan mengira sebagai asas pengurusan diri.
FAEDAH PENUBUHAN PDK
* Dapat memupuk sikap berdikari dikalangan OKU.
* Ibubapa mendapat pengetahuan mendidik anak-anak cacat dan melalui penglibatan dalam program seterusnya saling memahami masalah yang dihadapi oleh anak-anak cacat.
* Kanak-kanak mendapat pendidikan yang bersesuaian dengan keadaan mereka, oleh itu proses pemulihan difokuskan untuk meminimalkan ketidakupayaan yang dialami.
* Kesedaran kepada ibubapa bahawa kanak-kanak juga mempunyai kebolehan dan keistimewaan sekiranya diberi peluang untuk mendapat bimbingan dan latihan secara teratur.
* Meringankan beban keluarga dari segi jagaan dan latihan.
SENARAI 10 PERTUBUHAN PDK DI NEGERI PERLIS
- Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Indera Kasih, Jejawi.
- Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Sanglang, Kuala Sanglang.
- Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Jauhar Jannah, Kangar.
- Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Residensi, Kangar.
- Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Seri Kayangan, Arau.
- Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Felda Mata Air, Padang Besar.
- Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Felda Chuping, Chuping.
- Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Beseri, Beseri.
- Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Abdan Shakuro Kuala Perlis.
- Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Abdan Shakuro Kuala Perlis.
- Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Anak Istimewa Perlis.