[13 Mac 2019] Encik Yoshifumi Kobayashi, Pengarah Jabatan Rehabilitasi, Hospital Wilayah Fukui , Jepun telah memilih PDK Residensi untuk kajian "fieldwork" bagi memenuhi postgraduate doctoral program Kanazawa University. Beliau telah menjelajah dan melawat banyak PDK disetiap negeri seluruh Malaysia dan Perlis adalah yang terakhir.
Program telah berlangsung selama 2 hari mulai 13-14 Mac 2019. Semua 8 PDK negeri perlis telah kumpulkan pelatih oku fizikal, petugas tunjukkan cara fisio dibuat di PDK. Seterusnya Encik Kobayashi pula membuat demo fisio yang mereka buat di Fukui Hospital. Ibu bapa dan petugas jalani latihan bersama. Seterusnya sesi perkongsian aktiviti kesihatan di luar PDK.
Mr Kobayashi ditemani isterinya Puan Sakae, seorang jururawat yang juga penyelia sebuah pusat Pemulihan OKU di Jepun, dan rakannya, Mr. Hira seorang OKU fizikal.
Mr. Kobayashi fasih berbahasa melayu kerana pernah terlibat dalam kerja sukarelawan di Sabah Cheshire Home di Kota Kinabalu, Sabah pada 1984-1986.