Monday 21 October 2019

PENGURUSAN KEWANGAN PDK TERBAIK BAGI TAHUN 2019


Unit Pembangunan OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis telah membuat pemantauan pengurusan kewangan dan penilian terhadap 9 buah PPDK Negeri Perlis untuk memastikan program pemerkasaan OKU berjalan seperti yang dirancang. 

JKM Negeri Perlis telah bersetuju untuk memberi Sijil Penghargaan kepada satu PPDK terpilih yang telah menguruskan geran bantuan kerajaan dengan cemerlang pada tahun ini berdasarkan karakter berikut: 

1. Kefahaman tatacara urus kewangan. 
2. Seliaan dan susunan rekod pembayaran dan penyata kewangan 
3. Penyediaan kertas kerja aktiviti dan perlaksanaannya. 
4. Tahap keakuran mengurus peti tunai dan dana sumbangan. 


Sehubungan itu Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Residensi telah terpilih untuk menerima Sijil Penghargaan dari Tuan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis. 

Moga dengan adanya pengiktirafan seperti ini, tahap kecemerlangan PPDK Residensi dapat dikekalkan dan menjadi motivasi kepada PPDK yang lain untuk meningkatkan prestasi dan lebih berintergriti dan menguruskan geran bantuan yang diberikan JKM untuk menjayakan program pemulihan dan komuniti ini. JKM turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada PPDK negeri Perlis yang lain kerana telah banyak berjasa pada golongan OKU dan komuniti setempat.

SOALAN-SOALAN LAZIM (Q & A)