Wednesday 20 November 2019

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK, OKU DAN WARGA EMAS PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2019












[20/11/2019] - Majlis Sambutan Hari Warga Emas, Hari Kanak-Kanak & Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Tahun 2019 Peringkat Negeri Perlis bertempat di Putra Regency Hotel, Kangar anjuran JKM Negeri Perlis. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Turut sama hadir YB Dato' Hamdan Bin Bahari, Speaker DUN; YB Tuan Azman Bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB Tuan Nasaruddin Abd Mutalib, Pegawai Kewangan Negeri; YB Tuan Ruzaini Rais, Exco Kebajikan; YB Puan Asmaiza Ahmad, Exco Kerajaan Negeri; YB Tuan Nurulhisham Yaakob, Exco Kerajaan Negeri; YB Puan Siti Berenee Ahmad, Exco Kerajaan Negeri; YB Ustaz Mohd Ridzuan Hashim, ADUN Sanglang; dan YB Puan Gan Ay Ling, ADUN Indera Kayangan. 

PDK Negeri Perlis telah terlibat secara langsung dalam membuat persembahan tarian dan nyanyian mewakili komuniti OKU. Tahniah kepada penerima Anugerah Pelatih PDK Cemerlang, Anugerah Pertubuhan PDK Cemerlang dan Anugerah Keluarga Mithali.


ANUGERAH PELATIH PDK CEMERLANG 2019
ANIS SYAMILA BINTI KHIR SHUHAIMI ( PPDK JAUHAR JANNAH)

Beliau merupakan seorang pelatih yang aktif hadir ke PDK, memahami tentang tugasannya setiap hari sepanjang berada di PDK. Beliau suka membantu pelatih- pelatih lain dalam pengurusan diri dan juga dalam aktiviti- aktiviti lain seperti aktiviti rekreasi, advokasi dan program EEP (Economic Empowerment Program).

Aktiviti ­– aktiviti yang diikuti dalam program PDK: Beliau juga berkebolehan dengan aktiviti dan latihan tarian yang dianjurkan oleh Kelab Citra Tari PPDK Negeri Perlis dan pernah mendapat tempat yang ke-3 Peringkat Kebangsaan sempena program Talentime di Kuala Lumpur pada tahun 2018. Kumpulan Citra Tari ini aktif dan pernah menerima jemputan persembahan untuk Majlis Perkahwinan, Majlis Makan Malam Shorubber dan Majlis- majlis dalam program Jabatan Kerajaan. 



ANUGERAH KELUARGA MITHALI 2019
NORFAZILAH BINTI ABDULLAH (PPDK ABDAN SHAKURO)

Beliau seorang ibu yang cekal dan tabah menjaga 2 orang anak Cerebral Palsy yang berumur 11 dan 4 tahun. Sebelum ini cahaya matanya merupakan pelatih Pertubuhan PDK Sanglang dan beliau sangat aktif menyumbangkan idea dan tenaga dalam setiap aktiviti yang dianjurkan pertubuhan itu. Apabila Pertubuhan PDK Abdan Shakuro mula beroperasi di Kuala Perlis yang terletak berhampiran dengan rumahnya, beliau mendaftar anak-anaknya di sana dan turut aktif menyumbangkan khidmatnya di sana.  Baru-baru ini beliau sekali lagi di duga apabila mendapat berita ibunya telah diserang kanser payudara. Semoga Puan Norfazilah cekal menghadapi ujian ini dan mendapat balasan pahala yang besar.



ANUGERAH PERTUBUHAN PDK CEMERLANG 2019
PERTUBUHAN PDK FELDA CHUPING

Pertubuhan PDK Felda Chuping terletak di Felda Chuping, Padang Besar diterajui oleh jawatankuasa yang terdiri daripada barisan peneroka Felda iaitu Haji Talib Hussain sebagai Pengerusi, En. Wan Daud Ismail sebagai Timbalan Pengerusi, En. Arshad Hussin sebagai Setiausaha dan En. Habidan Mat sebagai Bendahari. PPDK Felda Chuping diselia oleh Pn. Suhairan Hamid yang telah berpengalaman selama 26 tahun dalam program pemulihan dalam komuniti. Dia dibantu 6 orang petugas dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti PDK kepada 38 orang pelatih.

PPDK Felda Chuping aktif dalam merencanakan program-program advokasi dan rekreasi kepada pelatih dimana penglibatan ahli jawatankuasa, keluarga dan masyarakat setempat sangat dititik beratkan. Antara program yang telah berjaya dilaksanakan adalah Explorace, Advokasi Pengurusan Wang, Advokasi 'Self-Reward", Kebun Dapur, Projek tanaman buah rosella, Semarak Merdeka, Pertandingan Mewarna dan Pakaian beragam dan banyak lagi.

PPDK Felda Chuping turut mengeluarkan produk mereka sendiri iaitu kordial Roselle.

SOALAN-SOALAN LAZIM (Q & A)