Monday 4 October 2021

PERJUMPAAN DENGAN JAWATANKUASA PERTUBUHAN PDK ANIPS



Satu perjumpaan bersama Pertubuhan PDK Anips (diwakili Pn. Nazmin Abdullah selaku Pengerusi, Pn. Siti Rafidah Abdul Rahim selaku Timbalan Setiausaha dan Cik Noor Shahanis selaku Penyelia) dengan JKM (diwakili En. Hazam Ismail selaku Pengarah Kebajikan Masyarakat, En. Idris Shahrizat selaku Timbalan Pengarah ii, En. Noorhisam Abdullah selaku Penolong Akauntan dan En. Ahmad Raimi selaku Penyelaras PDK). 

Penolong Pengarah Pembangunan OKU masih cuti kuarantin kerana positif jangkitan Covid-19. Pengerusi Pn. Nazmin memaklumkan premis PDK akan berpindah pada tahun depan di Pauh dan akan menjalankan perusahaan frozen food. Mereka juga menyatakan sanggup untuk menerima pelatih yang tidak berkemampuan membayar yuran dengan surat pengesahan pendapatan keluarga.

Perjanjian Bantuan Kewangan  berjumlah RM115,665.25 seterusnya ditandatangan oleh kedua-dua pihak. 
 

SOALAN-SOALAN LAZIM (Q & A)