HARI 1: PROGRAM ASPIRASI PEMERKASAAN EKONOMI PDK NEGERI PERLIS. LAWATAN KE BEAUTIFUL GATE FOUNDATION FOR DISABLED, PETALING JAYA. BEAUTIFUL GATE FOUNDATION ADALAH SEBUAH NGO YANG DITUBUHKAN PADA TAHUN 1993 BERNAUNG DI BAWAH CAC METHODIST CHURCH OF MALAYSIA. MEREKA KINI SUDAH MEMPUNYAI 8 PUSAT PEMULIHAN DI SELURUH NEGARA DAN SANGAT AKTIF DALAM PROGRAM CSR, JOBCOACH, PROGRAM ICT, KRAF TANGAN, SENI TARI, PENDIDIKAN AM DAN BANTUAN KEBAJIKAN KEPADA GOLONGAN OKU. SEMOGA SESI "VISIT AND LEARN" INI DAPAT MEMPERTINGKATKAN ILMU DAN MEMBERI PENDEDAHAN TENTANG KERJA-KERJA KESUKARELAWAN DAN PENGURUSAN PUSAT REHABILITASI KEPADA JAWATANKUASA PDK NEGERI PERLIS. https://www.facebook.com/beautifulgat...
Seterusnya delegasi PDK Negeri Perlis terus ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur untuk meninjau pasaran produk kraftangan dan idea-idea baharu untuk diketengahkan di pusat PDK.
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Seri Malindo telah ditubuhkan pada 20 November 1995. Penerima anugerah PDK cemerlang peringkat kebangsaan sebanyak 2 kali, manakala Pengerusinya En. Hanafiah Othman pernah menerima anugerah Tokoh Pengerusi PDK Kebangsaan Tahun 2016. PPDK Seri Malindo sebagai pemilik Koperasi Usaha Sama Pemulihan Dalam Komuniti bersedia menerima lebih ramai pelatih OKU berusia lebih 18 tahun untuk mendapatkan ilmu kemahiran. Syarikat jahitan mereka kini sudah mempunyai 25 mesin jahitan, manakala hasil kerja tangan pelatih di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Seri Malindo, Masjid Tanah, Melaka itu pernah dipertonton pada pameran Empowering Lives, Engaging Hearts Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) di Paris, Perancis pada 2015.