Thursday 16 March 2023

PROGRAM PEMERKASAAN PENDIGITALAN ECONOMIC EMPOWERMENT PROGRAM (EEP)










Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) telah menganjurkan latihan kemahiran digital dan perniagaan atas talian siri 1 hingga siri 4 kepada Penyelia/Petugas Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 3 Februari 2023, 10 Februari 2023, dan 17 Mac 2023
Tempat : Pusat Ekonomi Digital Malaysia (PEDI),
PPR SeriSena, No.21, Tingkat 1,
Pusat Perniagaan Sena, 01000 Kangar, Perlis.
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari

Objektif latihan ini adalah untuk:-


i. Memberi latihan secara khusus kepada Penyelia/Petugas PDK berkaitan teknik pemasaran secara digital seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

ii. Memperkasakan kemahiran peserta dalam pengurusan pemasaran, mempromosi dan membangunkan produk PDK.

iii. Mengaplikasi pengetahuan serta kemahiran dalam pengurusan mengkomersialkan produk PDK secara sistematik serta berkesan.


 

SOALAN-SOALAN LAZIM (Q & A)