Monday 10 April 2023

SESI PERBINCANGAN PENYELARASAN RPI






11 April 2023 - Sesi Perbincangan Penyelarasan Rancangan Pembelajaran Individu (RPI) Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Negeri Perlis bagi tahun 2023 bertempat di Pusat PDK Anak Istimewa Perlis, Kampung Guring, Pauh. Keputusan bersama yang telah dipersetujui bersama pada hari ini:

1. Semua PPDK bersetuju RPI diselaraskan 1 format sahaja bagi 10 pusat PDK Negeri Perlis sehingga format baharu yang sedang disediakan oleh Jabatan Pembangunan OKU pada tahun ini dikuatkuasakan. 

2. Melestarikan format RPI lama yang diperolehi daripada NGO, JKM, PPKI dan internet untuk diselaraskan sesuai dengan keperluan pusat PDK dan realitik dari segi perlaksanaannya. 

3. Semua PPDK bersetuju pelatih termasuk pelatih di rumah (yang turut mempunyai kad lawatan rumah) perlu dibuat RPI sebagai pembuktian kerja dan memenuhi nisbah 1 petugas: 5 pelatih.

4. Penjelasan isu perlukah penyelia menjaga pelatih, membuat RPI kerana penyelia telah membuat kerja-kerja pentadbiran. Isu tersebut telah dijawab sendiri oleh Tuan Pengarah JPOKU pada Sesi Libat Urus di Perlis pada 9hb Mac 2023. Tuan Pengarah En. Zuhaimi Omar telah menyatakan sebagai mana guru di sekolah sebagai pendidik, pengetua sekolah juga tidak terlepas dari tugasnya sebagai pendidik biarpun terikat dengan tugas pentadbiran sekolah. Tugasan pemulihan pelatih nisah 1:5 adalah termasuk penyelia, yang mana saguhati tambahan telah disalurkan kepada penyelia untuk menjalankan kerja-kerja berkaitan pentadbiran selepas tempoh pemulihan pada setiap hari.

5. Isu nisbah 1:5 bagi pelatih pusat sahaja. Bagi tempoh terdekat ini, PPDK Anips dan Abdan Shakuro Kuala Perlis telah memenuhi kuota tersebut manakala bagi PPDK lain yang tidak mencapai nisbah itu, pelatih di rumah yang berpontensi untuk menjalani pemulihan di pusat akan digesa hadir ke pusat. Manakala setiap petugas yang meletak jawatan TIDAK akan diganti semula melainkan pelatih di pusat PDK telah melebihi nisbah 1:5.

6. Semua PPDK bersetuju dengan format baharu yang dibuat secara bersama dan dibentangkan pada hari ini. Setiap petugas/penyelia akan membuat RPI bagi pelatih masing-masing, rancangan pemulihan tersebut hendaklah dipersetujui oleh ibu bapa/waris (ditandatangan) dan imbas, dikumpulkan ke dalam folder bernama PDK masing-masing dan diemel setiap 3 bulan sekali kepada Penyelaras PDK Negeri. Manakala format cetakan disimpan dalam rekod fail pelatih di PDK untuk tujuan semakan/audit.

SOALAN-SOALAN LAZIM (Q & A)