Wednesday 8 January 2020

KURSUS ASAS PETUGAS DAN JAWATANKUASA PPDK NEGERI PERLIS











[6 - 8/1/2020] - Unit Pembangunan OKU bersama gabungan Pertubuhan PDK Negeri Perlis telah menganjurkan Kursus Asas Petugas dan Jawatankuasa PDK bertempat di The Putra Regency Hotel, Kangar. Kursus ini diadakan untuk memberi pengenalan dan pendedahan asas kepada petugas-petugas dan ahli jawatankuasa lantikan baharu. Mereka diberi taklimat mengenai kerja-kerja kesukarelawan, program pemulihan, bengkel fisioterapi, perkongsian kaedah pengurusan OKU oleh PeSTeC (Perlis Special Teens Centre), dan juga taklimat berkaitan dengan intergriti oleh pegawai SPRM dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Perlis).




[7/1/2020] Pertubuhan PDK Negeri Perlis juga amat berbesar hati menerima kunjungan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia, En. Zulkifli Ismail dan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis En. Mohammad Hazam Ismail yang sanggup meluangkan masa walaupun terpaksa berkejaran untuk turun padang menghadiri ‘Program Kasih II Home Help Services Dan Khidmat Komuniti Bersama DYTM Tuanku Raja Puan Muda Muda Perlis Tahun 2020’ di Bukit Keteri, Padang Besar, Perlis.




Ketua Pengarah turut menyertai ‘Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali ke 3 bagi tahun 2020 ini dan turut disertai sama oleh anakanda kedua baginda, Puteri Sharifah Farah Adriana Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

SOALAN-SOALAN LAZIM (Q & A)