Friday 17 January 2020

PROGRAM ADVOKASI TEROKA ALAM PERTUBUHAN PDK FELDA MATA AIR











[17/1/2020] - Pertubuhan PDK Felda Mata Air telah menganjurkan Program Advokasi Teroka Alam Gua Kelam 2 yang terletak di Banjaran Nakawan, iaitu terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Wang Mu, bersebelahan Taman Negeri Perlis dan sempadan Thailand.

Program ini memberi pendedahan kepada para pelatih tentang ilmu berkaitan 'survival', pembentukan bijih & kristal di gua batu kapur serta menjejak sejarah Gua Kelam 2 yang merupakan terowong gua terpanjang di Semenanjung Malaysia sejauh 3.6 km. Aktiviti perlombongan telah bermula lebih dari 100 tahun lalu oleh Orang Melayu di Sungai Pelarit kemudian telah menarik minat pelombong kaya dari China apabila mendapati kawasan ini kaya dengan bijih timah. Lantas mereka mempelopori perlombongan bijih dengan menebuk dan mengali gua. Kemudian ketika di zaman pemerintahan British Sir J. Campbell dan Swiss E. Graf dan 2 orang orang pelabur Eropah telah membawa peralatan melombong moden ke sini. Namun apabila zaman penjajahan Jepun, aktiviti perlombongan di sini terhenti kemudian diteruskan oleh pelombong Cina apabila Jepun menyerah kalah.

Peserta teroka gua PPDK Felda Mata Air turut dibawa melihat piramid-piramid yang ditemui oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis beberapa tahun yang lalu melalui eksplorasi berpandukan cerita-cerita bekas-bekas pelombong yang tinggal di pekan Kaki Bukit. Besar kemungkinan piramid-piramid tersebut adalah kubur pelombong-pelombong yang mati akibat kemalangan yang berlaku ketika kerja-kerja mengali dan meletupkan gua. Difahamkan lebih 80 orang pelombong terkorban sejak tahun 30-an hingga 70-an di dalam gua. Pekerja-pekerja tinggal didalam gua untuk tempoh 1 bulan dan kerana susah untuk merangkak keluar dan masuk menyebabkan mereka akan terus menguburkan rakan-rakan yang terkorban di situ. Ada kemungkinan juga piramid tersebut dibuat untuk menyembunyikan jentera atau mesin yang mahal dari pengetahuan tentera Jepun, atau mungkin juga untuk menyembunyikan senjata api apabila kebangkitan kongsi gelap Cina yang mendominasi aktiviti perlombongan bijih timah pada 1970-an. Pasaran bijih timah menjadi rebutan. Rekod telah menunjukkan Malaysia menguasai 31% eksport bijih timah dunia ketika itu.

Gua Kelam 2 merupakan di antara tapak perlombongan bijih timah di dalam gua antara yang terbesar di dunia selepas Brazil.

SOALAN-SOALAN LAZIM (Q & A)