Thursday 25 November 2021

PERASMIAN RUMAH CENDAWAN PESTEC

 


Lawatan Mesra dan Perasmian Rumah Cendawan PeSTeC telah disempurnakan oleh Ahli DUN Simpang Empat, YB Tuan Nurulhisham bin Yaakob, dan Pengarah Pertanian Negeri Perlis, En. Hafizuddin bin Othman. Pihak PeSTeC memberi penerangan kepada delegasi lawatan tentang kaedah pengoperasian Rumah Cendawan melalui geran tajaan Jabatan Pertanian Negeri Perlis. 

Selain tanaman cendawan yang diusahakan pelatih OKU, PeSTeC juga menghasilkan 1 produk inovasi iaitu Kit Cendawan PeSTeC sebagai modul yang lengkap dengan penerangan untuk anak-anak ingin merasai pengalaman menanam cendawan di rumah.

SOALAN-SOALAN LAZIM (Q & A)