Seramai 33 orang sukarelawan yang terdiri daripada penyelia dan petugas yang baru menyertai program Pemulihan Dalam Komuniti telah diagihkan ke 10 pusat PDK bagi menjalani "In House Training" untuk memberi pendedahan asas, memantapkan kemahiran dan mengeratkan kerjasama sesama mereka dalam menguruskan pusat pemulihan OKU. Program ini berlangsung dari 3 hingga 10 Januari 2022.
Pemulihan dalam komuniti atau PDK adalah konsep 'Community based Rehabilitation" asalnya diketengahkan oleh World Health Organization (WHO) pada tahun 1970-an. Setelah beberapa buah negara membangun berjaya melaksanakan konsep CBR yang dicadangkan WHO, Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia mula mengaplikasi modul CBR itu dan menubuhkan pusat PDK pada 1984. Sehingga hari ini terdapat lebih dari 500 buah PDK telah ditubuhkan seluruh Malaysia.
-
Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh komuniti tempatan (terdiri daripada ibubapa / keluarga OKU sendiri, pegawai kerajaan yang ada...
-
Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Sanglang Tarikh daftar: 26 Disember 2017 No. Pendaftaran: PPM-013-09-26122017 Alamat: Pert...
-
Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Seri Kayangan Tarikh daftar: 21 Disember 2017 No. Pendaftaran: PPM-020-09-21122017 Alamat: ...